Selalunya prinsip hidup seseorang adalah manjadi yang satu di antara seribu, tidak kira di mana jua mahupun susah atau senang matlamat yang hendak dicapai tetap di perjuang. Tetapi, ada sesetengah individu leka, kerana ingin terlalu mencapai kemenangan matlamat diri, keadaan sekeliling tidak dipeduli.
Seperti dalam permainan sukan, sama ada berpasukan atau individu, prinsip pertama yang diutamakan ialah kerjasama. Kerjasama di antara pasukan mahupun yang individu iaitu kerjasama bersama penyokong dan lawanan pasukan. Tidak ada dalam permainan sukan perlawanan berdasarkan kebencian, setiap perlawanan akan ada yang kalah dan yang menang, tetapi moral di sebalik perlawanan adalah semangat ‘boleh’, bila jatuh, semangat tidak akan hangus begitu sahaja maka semangat ingin bangun dan melatih diri dengan lebih baik sudah sedia dipendam dalam diri.
Selain itu, prinsip yang telah lama dilupakan ialah semangat bersatu ataupun bersama dalam apa jua keadaan yang dilalui bersama. Dalam sukan, tidak kira apa jua jenis sukan semua individu haruslah tahu prinsip permainan dan moral disebaliknya. Walaupun perlawanan di antara negeri di adakan tetapi perlawanan haruslah berdasarkan moral dan tujuan yang baik kerana kesimpulannya ia adalah untuk mencari wakil negara untuk mara ke depan. Sama ada penyokong, pelawan, kawan sepasukan mahupun orang sekeliling sikap bersama dan bersatu harus dipegang untuk mengelak kehadian renggang di antara satu sama lain.
Jika di ikutkan hati, semua individu menpunyai harapan yang sama dalam perlawanan, tetapi kita haruslah menitik beratkan sebab-sebab yang lain kita memasuki perlawanan, kesan selepas itu dan lain lain. Sebab kita menyertai sukan kadang kala bukan sahaja kerana hobi tapi juga kerana ingin mendedahkan diri dengan melatih diri bersuai kenal dengan masyarakat sekelilling, mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara sahabat, membawa kebaikan kepada negara sendiri, bukan sahaja membawa kabaikan kepada diri sendiri malah mendorong masyarakat lain merapatkan lagi hubungan persahabatan dengan aktiviti yang berfaedah.
Oleh itu, nilai nilai seperti ini haruslah dipegang dan diamalkan pada setiap individu. Ini bukanlah satu pengajaran yang perlu di ingatkan setiap waktu pada setiap individu malah diri sendiri patut tahu moral, ia ialah seperti peradaban di antara satu sama lain, bayangkan diri sendiri di kasut orang lain sebelum membuat sesuatu yang mungkin akan membawa keburukan kepada orang itu. Sikap memahami dan toleransi memainkan peranan yang penting dalam masyarakat, jadi kita sebagai manusia yang mempunyai perasaan jangan leka dan melupakan atau pun mamandang rendah dengan nilai nilai mulia ini, biarpun ia ‘berbunyi’ mudah tetapi jika terlanjur kata-kata berkaitan dengan nilai nilai ini boleh membawa padah. Semua perkara ada sebabnya dan semua jalan ada penyelesaiannya tidak kira sejauh mana perhentian jalan itu, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
No comments:
Post a Comment